Beli atau sewa, semua orang setuju memiliki sebuah rumah memang penting. Rumah sebagai tempat yang kamu boleh pergi lepas kamu sudah kerja penat sepanjang hari dan tempat yang kamu boleh rehat.
Kebanyakan pembeli rumah pertama dapat membeli rumah yang mampu dimiliki tapi bukan keinginannya, atau dalam proses pembelian menghadapi masalah yang tidak dikehendaki.
Salah satu punca adalah pengalaman pembeli yang tidak mencukupi ataupun tidak buat penyelidikan dalam perkara yang perlu diperhatikan semasa membeli rumah.
Untuk memliki sebuah rumah baru bukan senang tetapi bukan susah juga, terutama kamu belajar cara-cara yang betul masa mencari rumah baru kamu.
Perkara-perkara yang Perlu Mengetahui untuk Beli Rumah Pertama
-
Bajet membeli rumah
Tanyalah sendiri, “apakah yang kamu boleh mampui dengan gaji bulanan sendiri?”. Apabila seseorang membeli rumah mampu mlik, mereka tidak akan menjual rumahnya selepas membeli dalam setahun.
Jika kamu hanya mempunyai RM2000 gaji, kamu perlu mengguna kalkulator loan rumah untuk mendapat tahu jenis dan harga rumah yang kamu boleh mampu milik.
Inilah salah satu cara kira loan rumah supaya senang mengetahui harga rumah yang patut kamu beli.
Semasa mencari rumah, kamu perlu sentiasa berfikir dasar pada kenyataan sebenarnya. Membeli rumah yang tidak mampu milik, hanya akan menyebabkan kamu tidak mampu bayar.
-
Jenis rumah
Rumah ada banyak jenis yang wujud dalam bidang perumahan sekarang. Contohnya, rumah teres, kondominium, flat, rumah berkembar dan lain-lain.
Kalau kamu membeli rumah ini bergabung dengan orang lain, jadi kamu perlu berbincang dengannya supaya dapat mencapai kesetujuan untuk jenis rumah yang hendak beli.
-
Pinjaman perumahan
Pada zaman nenek moyang kamu, mereka boleh membeli rumah dengan wang tunai kerana rumah dahulu murah. Kebanyakan rumah sekarang mempunyai harga yang tinggi, itulah sebab kamu perlu meminta pinjaman daripada bank-bank di Malaysia.
Kesenangan pembeli sekarang adalah bank-bank buat banyak promosi untuk jenis-jenis pinjaman perumahan. Salah satu pinjaman yang menarik ialah pinjaman islamik. Kebanyakan pinjaman mempunyai kadar interest yang rendah untuk manarik minat pembeli rumah.
Cara lain untuk membiayai rumah impian kamu adalah pengeluaran gaji untuk beli rumah kamu. Ramai orang ingat KWSP hanya boleh dikeluarkan apabila persaraan hidup sendiri.
Namun, kamu boleh mengeluarkan duit dari KWSP sebab kerajaan kita hendak menggalakkan rakyat membeli rumah di Malaysia supaya ekonomi berkembang.
-
Membeli rumah
Proses pembelian rumah ada beberapa fasa seperti demikian:
-
Perjanjian jual-beli rumah
Selepas dapat cari rumah idaman kamu, dokumen jual-beli rumah perlu ditandatangani oleh kamu. Ini akan jadi permulaan pindah milik antara penjual dan pembeli. Hubungi kami sekarang untuk maklumat lebih lanjut.
Tanggunjawab kamu sebagai seorang pembeli ialah memahami isi kandungan perjanjian itu. Pemahaman hak pembeli merupakan hal yang penting untuk menjaga kepentingan sendiri daripada orang lain yang hendak mengambil kesempatan.
-
Perjanjian pinjaman perumahan
Selepas pinjaman perumahan kamu diluluskan, kamu perlu menandatangi perjanjian daripada pihak bank.
Perkara penting yang kamu perlu ingat adalah menyemak semua butiran seperti kadar faedah, jumlah pinjaman dan jumlah bayaran bulanan.
-
Melawat ke rumah yang dibeli
Tindakan ini hanya untuk pembeli yang membeli rumah dalam proses pembinaan. Kamu perlu mangawasi perkembangan pembinaan rumah idaman kamu supaya boleh mengetahui bahawa pembina masih membina dan kadar kesiapan mengikut masa yang dijanjikan.
-
Pembiayaan secara berperingkat
Setiap peringkat pembinaan, kontraktor atau pemaju akan menuntutkan bayaran daripada kamu.
Jika pembeli tidak membayar mengikut jangka masa yang ditetapkan, denda lewat boleh dikenakan pada pembeli. Pemastian bayaran dibuat pada masa yang tepat ialah tanggungjawab pembeli.
- Dokumen-dokumen perlu disimpankan
Penyimpanan semua dokumen ini boleh memudahkan kamu menyemak balik syarat-syarat yang disebutkan apabila masalah rumah muncul.