Kepada yang masih mentah dalam bidang perdagangan, anda mungkin menengar tentang berita forex terkini bagaimana platform tersebut dapat menjana keuntungan beribu-ribu ringgit.
Sebelum anda mendalami apa itu forex, disini akan diringkaskan serba sedikit agar anda faham dalam cara ringkas. Kunjungi laman web ATFX Forex untuk maklumat lebih lanjut.
Apa itu Forex Trading?
Perkataan forex datang daripada bahasa English yang bermaksud “foreign exchange”. Forex Trading Malaysia merupakan satu aktiviti perniagaan tukar beli mata wang. Maksudnya, anda menggunakan mata wang sebagai satu medium untuk menjana keuntungan.
Forex merupakan satu jenis perdagangan atau transaksi yang memperdagangkan mata wang satu negara terhadap mata wang negara asing yang melibatkan pasar-pasar wang utama di dunia secara 24 jam berterusan.
Forex secara langsung juga menjadi alternatif yang popular kerana memiliki ROI serta keuntungan yang boleh dijana melebihi rata-rata perdagangan lain. Akibat pergerakan cepat, ini. Juga menyebabkan FOREX mempunyai risiko yang lebih tinggi.
Apa Mata Wang Yang Diperdagangkan?
Secara amnya, semua mata wang dunia yang umum dan memiliki daya jual tinggi dapat dipraktikkan di platform Forex seperti Metatrader 4 (MT4).
Selain itu, mata wang asing yang berada di dalam akaun anda dapat dibeli atau dijual berdasarkan harga pasaran. Objektif utama adalah untuk mendapatkan keuntungan dari posisi transaksi yang anda lakukan.
Sebagai contoh, anda membeli salah satu mata wang dan pergerakan harga mata wang tersebut menunjukkan grafik kenaikan yang signifikan. Maka, anda dapat mengambil keuntungan dari perbezaan harga tersebut dengan menutup posisi beli anda.
Dengan kehadiran teknologi yang canggih masa kini, semua aktiviti dapat dilakukan secara online saja. Anda dapat lihat harga naik dan turun mata wang melalui platform trading.
Caranya, anda perlu masukkan duit sebagai modal di dalam forex akaun anda. Anda boleh menggunakan modal ini untuk masuk dan keluar dari pasaran berdasarkan analisa untuk menjana lebih keuntungan.
Apa Yang Diperlukan Untuk Trade Forex?
Untuk trade forex, anda hanya perlukan sebuah gadget, tidak kira samada telefon pintar atau komputer anda. Dengan kata lain, forex ini boleh menjalankan transaksi melalui forex trading platform yang tersendiri.
Tetapi untuk lebih praktikal, ramai trader menggunakan komputer untuk lebih membuat analisa, membaca pergerakan naik turun harga pasaran.
Lazimnya, perdagangan forex dilakukan menerusi broker Malaysia yang disediakan oleh syarikat kepada anda untuk akses pasaran interbank. Broker akan memberi anda perisian khas untuk anda melihat semua aktiviti perdagangan berlaku serta urusniaga dengan beberapa klik sahaja.
Anda juga boleh membuka akaun dengan broker pilihan dan memulakan karier perdagangan dengan beberapa minit sahaja. Sebagai ganjaran bagi perkhidmatan yang disediakan, perdagangan membayar komisen kepada broker.
Panduan Memilih Forex Broker
Forex broker adalah salah satu syarikat atau badan yang akan menguruskan “buy” atau “sell” anda ke pasaran forex. Sebagai langkah berhati-hati, bukan semua broker boleh dipercayai.
Bila memilih broker, anda harus berikan lebih perhatian kepada reputasi, usia dan peraturan syarikat tersebut. Terdapat syarikat yang menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada para pelanggannya.
Ciri-ciri utama untuk memilih forex broker yang berkeupayaan tinggi, anda perlu memastikan broker tersebut sah berdaftar dengan ‘regulator’ yang sahih.
Kebiasaannya, regulator merupakan satu badan induk dari pihak kerajaan yang mengawal institusi kewangan di rantaunya. Antara contoh badan regualtor yang bagus ialah:
- NFA
- FCA atau FSA
- ASIC
- CySec
- Commidity Futures Trading Commission (CFTC)
Badan-badan regulator tersebut adalah antara badan-badan regulator yang tegas dan berintegriti dalam menangani jika ada salah laku dari pihak broker.
Oleh itu, jika anda menggunakan broker yang berdaftar degan badan regulator di atas, bermaksud dana deposit modal anda lebih selamat. Jika terjadi apa-apa yang tidak diingini, anda masih mempunyai tempat untuk mengadu.